Postingan

Menampilkan postingan dari Juni, 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Gambar
Kulit merupakan organ yang paling besar dimiliki oleh manusia. Kulit wajah pula adalah bahagian kulit yang paling sensitif dan lembut serta selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Hal ini membuatkan kulit menjadi gelap, terbakar, gatal, sensitif dan seumpamanya. Antara masalah yang sering menyinggah ke kulit wajah seperti jerawat, jeragat, tona tidak sekata dan sebagainya.  Jerawat ini lebih kepada masalah untuk kulit orang yang muda dan jeragat pula sering dialami oleh golongan yang lebih dewasa. Hal ini kerana kulit manusia dikategorikan kepada dua jenis jika bermasalah iaitu kulit berminyak dan kulit kering.   Jeragat boleh didefinisikan dengan bintik-bintik atau tompok-tompok gelap pada muka. Ia sering dialami oleh golongan wanita berbanding lelaki antaranya disebabkan oleh kekerapan terdedah kepada sinaran matahari, mengalami masalah hormon, pemakaian produk kecantikan wajah yang salah dan mengandungi bahan kimia dan seumpamanya.     Tahukah anda kulit yang terlebih lama t

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Gambar
Dalam kehidupan kita, pasti banyak cabaran dan keperluan yang dihadapi untuk diteruskan. Kehidupan hari ini sangat berbeza dengan kehidupan pada zaman sebelum ini. Dengan krisis ekonomi dan pelbagai cabaran membuatkan manusia perlu saling bersaing untuk mencapai matlamat yang diinginkan.     Jika dahulu, kebanyakan wanita bahkan emak-emak kita hanya tinggal di rumah dan membantu menguruskan rumah, suami dan anak-anak tanpa sebarang tekanan dari luar. Mereka bebas untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan menjadi tempat meluahkan rasa dan belas kasihan. Ibu-ibu juga dapat menyediakan masakan dan air tangan untuk diberikan kepada suami dan anak-anak di mana ia adalah pengikat kasih sayang antara satu dengan yang lain.   Namun kini, dunia sudah berubah di mana wanita lebih ramai yang bekerjaya dan terdedah kepada risiko tekanan dan masalah di tempat kerja yang sama sahaja seperti kaum lelaki. Hal ini berbeza pula dialami oleh wanita muda yang sudah berkeluarga atau sebaliknya, serta wa

PENGEDAR SHAKLEE HULU SELANGOR

Gambar
Salam perkenalan buat pembaca blog saya semuanya. Saya lebih mesra dikenali dengan nama Atiqah dalam kalangan kenalan saya. Blog ini saya khususkan kepada perkongsian tentang testimoni dan keberhasilan pengambilan produk Shaklee, info kesihatan dan kecantikan, serta maklumat-maklumat tambahan yang lain berkaitan dengan diri saya dan pengalaman sendiri.   Untuk kali ini, postingan saya adalah mengenai pengenalan saya sebagai pengedar Shaklee di Hulu Selangor. Bagi penduduk Hulu Selangor dan sekitarnya, saya lebih mudah untuk berjumpa dan berkongsi kelebihan Shaklee secara bersemuka dengan lebih kerap dan dekat. Saya juga menyediakan kemudahan menghantar produk Shaklee yang ditempah terus ke alamat rumah anda. Inilah kelebihan menjadi penjual Shaklee di kawasan sendiri yang memudshkan pergerakan saya dan pengguna juga.    Selain itu juga, saya boleh berinteraksi dengan kenalan yang berada luar dari kawasan juga melalui media sosial seperti Instagram, Facebook, Tiktok dan seumpamanya. Jad

TESTIMONI SHAKLEE SAYA

Gambar
Kisah ini bermula pada ketika saya masih di sekolah menengah yang mana pada saat itu ia mengubah kehidupan saya menjadi diri yang baharu. Apa yang berlaku? Ya, mengalami masalah kulit sensitif yang memberi kesan kepada kulit dan pemakanan saya. Jika sebelum itu saya lebih terdedah kepada masalah gastrik kerana sering melanggar jadual makan dan tidak teratur, namun selepas kejadian itu, saya perlu memberi perhatian kepada masalah alergik saya juga.   Pada waktu itu, saya mendapat suntikan di sekolah (semasa lawatan pihak klinik ke sekolah). Saya dapat merasakan perbezaan pada kulit saya setelah mendapat suntikan itu. Tambahan pula ia adalah suntikan yang di ambil tanpa saya meminta kebenaran mak abah terlebih dahulu. Kesannya saya mengalami masalah kulit seperti alergik pada makanan dan yang paling tidak dapat dilupakan adalah penyakit kudis buta yang teruk. Pada tahun 2009 itu saya dijangkiti penyakit kudis buta di tangan dan kaki selama hampir tiga minggu. Banyak hal yang saya tidak d

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU

Gambar
Shaklee adalah produk kesihatan yang sentiasa berpegang kepada prinsip semula jadi, selamat dan berkesan serta memiliki bukti kajian yang kukuh untuk dijadikan penggunanya lebih yakin dan percaya ketika mengamalkannya. Multivitamin Shaklee adalah antara produk terawal di dunia yang mengandungi sumber multivitamin dan mineral sebagai bahan asasnya. Pada awal kemunculan multivitamin ini, ia yang dikenali dengan "Vitalize Mineral" dan disingkatkan kepada sebutan "Vita Min" adalah berbentuk cecair yang kemudiannya diubah kepada bentuk tablet di atas faktor perkembangan teknologi dan akhirnya di kenali sebagai "Vita Lea".   Kini, Vita Lea Iron Formula atau lebih di kenali sebagai multivitamin Shaklee  i ni telah berwajah baru dan di tambah baik formulasinya untuk kebaikan penggunanya khusus di Malaysia iaitu Vita Lize. Ia merupakan nama yang lebih baik dan bersesuaian dengan kandungannya yang dilengkapi dengan Vitamin A, Vitamin D, Asid Folik, Vitamin K yang di

UJIAN ATAU RAHMAT?

Gambar
Apabila berkata tentang ujian dan cabaran sudah pasti orang kebiasaannya akan kaitkan dengan masalah dan beban. Sedang dia lupa bahawa ujian tersebut datang dari Allah. Adakah Allah sengaja menguji hambaNya untuk menyusahkannya? Atau adakah ia datang sebagai rahmat dan hikmah kepadanya?     Hal ini bergantung kepada cara fikir kita terhadap perkara yang akan kita hadapi. Apabila seseorang itu kuat untuk menghadapi ujian maka kita kategorikan orang ini sebagai orang yang sabar. Manakala jika sebaliknya dia dikategorikan sebagai orang yang lemah. Maka adakah betul cara fikir seperti ini? Tiadakah cara fikir yang lebih baik?   Sebenarnya di dalam Islam (sebagai orang yang ada pegangan agama) sudah pasti apabila kita menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup, mesti kembali kepada Pencipta kita. Hal ini kerana Tuhan kita rindu tangisan dan rintihan kita sebagai hamba kepadaNya sebagai Pencipta. Kita hidup di dunia ini penuh dengan tipu daya berbentuk wantia, takhta dan harta sehingga kita ja