Postingan

Menampilkan postingan dari Juli, 2023

PERCUTIAN SHAKLEE

Gambar
Bercuti merupakan satu cara untuk kita menenangkan diri dan berehat setelah penat menguruskan kerja dan sebagainya. Syarikat Shaklee sangat menghargai kerja keras ahlinya yang berjaya mencapai target dan nilai yang ditetapkan dengan percutian menarik dan mewah. Ramai ahlinya yang telah merasai keseronokan trip Shaklee yang disediakan dengan pakej di dalam negara dan luar negara ini.    Melihat dari kejayaan dan percutian Shaklee yang telah dilalui oleh Master-Master hebat pengaruh di media sosial seperti Instagram dan Facebook, ia dikatakan percutian terbaik yang tidak pernah dirasai jika bercuti yang dirancang sendiri. Hal ini kerana Shaklee menyediakan kemudahan untuk ahlinya dari mula hingga akhir perjalanan nanti. Bermula dari tiket penerbangan yang ditaja, tempat tinggal di hotel mewah, bersiar-siar melihat pemandangan, berjalan-jalan melawat tempat-tempat pelancongan yang terkenal, makanan yang sedap dan tidak sempat merasa lapar, duit belanja untuk membeli belah dan pelayan terb

TIPS TRAVEL

Gambar
Banyak perkara yang kita impikan untuk ditunaikan dalam kehidupan kita, sama ada ia impian untuk diri sendiri atau seisi keluarga. Antara impian yang disukai oleh ramai orang adalah melancong di dalam dan luar negara atau tempat-tempat menarik di kawasan sekitar negeri tempat kita tinggal. Ia boleh didefinisikan dengan banyak hal namun yang lebih tepat adalah impian yang telah lama disimpan dan ditunaikan mengikut waktu yang sesuai dan menenangkan.     Banyak tips yang boleh didapati sebagai persediaan seseorang untuk melancong dan lebih-lebih lagi pelancongan di luar negara. Tips travel yang saya ingin kongsikan boleh dijadikan panduan untuk para bakal pelancong semua :)   1)  SUSUNAN BAGASI DAN BARANG Beg dan barang adalah perkara yang penting utuk difikirkan kerana ia menunjukkan seseorang ingin berjalan-jalan hanya melalui pandangan fizikal sahaja. Bagasi yang cantik dan tahan lasak perlu dimiliki untuk memudahkan urusan kita serta membolehkan kita membawa barang yang diingini dan

TIPS BISNES ONLINE

Gambar
Bisnes atau perniagaan adalah satu pekerjaan mulia yang Nabi sendiri anjurkan kepada umatnya untuk menjalankan aktiviti ini. Bahkan ia dikatakan sebagai sembilan per sepuluh daripada punca rezeki kita. Walaupun di mana kita menjalankan bisnes ini, ia perlu dijalankan dengan baik, dan mengamalkan prinsip-prinsip yang betul agar mendapat hasil yang baik dan sesuai dengan apa yang dihajati. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips bisnes online yang boleh diikuti dan diamalkan bersama.   Antara tips yang berguna adalah dengan menjaga masa iaitu kita perlu memperuntukkan masa yang betul selama mana perniagaan atas talian ini dijalankan. Ia perlu dirancang dengan teliti dan bersesuaian dengan hasrat kita sebagai peniaga. Di samping itu, kita mesti menyusun masa yang betul untuk perniagaan dan juga aktiviti lain seperti meluangkan masa dengan ahli keluarga, membuat aktiviti sendiri dan sebagainya.   Tips lain yang boleh diamalkan adalah berdisiplin dalam menjalankan bisnes online ini. Hal

IMPIAN SETIAP WANITA

Gambar
Rutin harian seorang wanita bergelar isteri dan mak kepada anak-anak yang comel dan bijak biasanya bermula pada waktu pagi dan berakhir apabila semua urusan selesai. Memberi perhatian kepada makanan dan minuman suami dan anak-anak serta menyediakannya dengan persediaan yang terbaik membuatkan kita merasa gembira dan punca kebahagiaan dalam diri. Sang isteri juga akan bangun pada awal pagi dan merancang segala aktiviti untuk seisi keluarga seperti masakan yang akan disiapkan, perbualan yang ingin dibicarakan, luahan yang ingin didengari dan sebagainya sebagai rutin.     Sang isteri kebiasaannya juga akan merancang untuk membuat aktiviti-aktiviti ringan di rumah seperti mengemas tempat tidur, ruang tamu, bilik anak-anak, dapur, ruang rehat dan sebagainya untuk dilihat kemas dan rapi serta membangkitkan emosi bahagia dan selesa di dalam dan sekitarnya. Inilah antara rutin harian seorang isteri yang diidam-idamkan oleh ramai wanita.    Hal ini kerana ia membantu juga untuk membangkitkan em