Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2023

HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Gambar
Berhari Raya Di Kampung Suami Raya kali ini lebih istimewa buat suami kerana tahun ini kami sekeluarga pulang beraya di kampung beliau. Kami pulang bercuti selama 10 hari memandangkan perjalanan agak jauh dan melepasi sempadan negara. Ini juga merupakan pengalaman pertama beraya di Batu Bara setelah empat tahun berumahtangga. Alasan yang lebih tepat adalah disebabkan kekangan virus covid 19 yang melanda dunia, maka raya kali ini memberi peluang kepada kami untuk berhimpun semula.    Berhari raya dengan juadah istimewa di sini sedikit berbeza dengan kebiasaannya. Kalau di sini, lebih menikmati juadah lontong berkuah sayur atau pecal serta rempeyek dan kerepek buatan sendiri. Dan sudah pasti, rasanya lebih segar dan asli dengan rempah ratus yang pelbagai diadun bersama. Selain itu, pemandangan di sini juga berbeza kerana tempat kami di Malaysia berdekatan bukit bukau dan gunung ganang, manakala di sini pemandangan adalah berhampiran dengan laut.     Datang Macam Ribut Pergi Macam Semut  

Insentif Shaklee Malaysia

Gambar
Keliling Dunia Dengan Shaklee   Semua dalam kalangan kita pasti ada impian untuk berjalan-jalan melihat alam ini. Bagi pencinta alam semula jadi, sudah tentu kawasan yang berbukit- bukau dan bergunung-ganang menjadi idaman hati. Memang betul kata pepatah bahawa 'jauh berjalan luas pandangan'. Hal ini kerana melalui perjalanan yang ditempuhi itu, akan memungkinkan ahlinya untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan manfaat daripadanya.      Penghargaan Kepada Diri Sendiri   Walaupun hanya berjalan di luar dari kawasan tempat tinggal kita, itu sudah membuatkan kita seronok dan 'healing'. Apatah lagi trip perjalanan yang Shaklee sediakan ini! Insentif Shaklee  ini juga menawarkan trip perjalanan yang menarik dan menyeronokkan bagi sesiapa sahaja yang layak. Dan kebanyakan tempat lawatan yang ditawarkan oleh Shaklee merupakan kawasan pelancongan popular di dunia. Jadi, untuk trip perjalanan kali ini, Shaklee menawarkan dua tempat utama yang menarik dan cantik untuk dilaw

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

Gambar
Definisi Kurus Baginda Nabi Muhammad merupakan sebaik-baik ciptaan Allah Taala dari segi luaran dan dalaman baginda. Baginda memiliki akhlak yang terbaik dan menjadi ikutan dan teladan buat ummah. Baginda juga memiliki tubuh badan yang ideal seperti yang dijelaskan tentangnya di dalam buku Syamail Muhammadiyah (iaitu buku popular yang menceritakan tentang peribadi hebat baginda nabi), iaitu baginda tidaklah terlalu kurus dsn tidak juga gemuk.    Apabila bercakap tentang kurus, pasti ramai yang akan tertarik, tidak kiralah seseorang itu sudah sedia ada kurus, atau sebaliknya. Yang pasti, fizikal yang menarik mempengaruhi seseorang untuk tampil lebih yakin dan berkarisma. Hal ini tidak bermaksud saiz fizikal itu menjadi keutamaan, namun tidak dapst dinafikan bahawa bentuk fizikal ini membantu dalam membentuk peribadi seseorang.    Kurus Tapi Sakit Owh! Ada rupaya orang yang kurus tetapi dalamannya tidak sihat! Kadang-kadang, kita boleh lihat orang yang kurus tetapi kurus kerana berpenyak

BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA : BISNES SHAKLEE

Gambar
Sunnah Nabi Tahukah kalian bahawa beniaga merupakan sunnah nabi? Ya! Sudah tentu amalan ini telah dilakukan oleh baginda sejak dari kecil setelah kewafatan ibu dan bapanya yang tercinta. Baginda mengikut bapa saudaranya Abu Talib untuk keluar berniaga dan berdagang. Tambahan pula, datuk baginda iaitu Abdul Mutalib juga merupakan ahli perniagaan berjaya dan terbesar di Makkah pada ketika itu. Jadi, betullah apa yang dikatakan bahawa 9/10 daripada punca rezeki datangnya dari berniaga. Namun, kita harus berhati-hati dengan kalam ini kerana ia mestilah menepati syarat yang sepatutnya. Hal ini kerana bukanlah yang dimaksudkan dengan 9/10 itu dengan cara berniaga yang umum tanpa dikira halal dan haram, sebaliknya ia mestilah berunsurkan kejujuran antara dua pihak dan tiada unsur berdusta antara keduanya.   Perkembangan Kaedah Berniaga Zaman sekarang ini sudah jauh berbeza dengan zaman dahulu tentang berniaga. Hari ini, sumber makanan, kesihatan  dan selainnya sudah boleh diperoleh hanya mela

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Gambar
  Organ Terbesar Tubuh Kesihatan kulit penting kepada manusia, terutamanya wanita. Kulit merupakan organ terbesar dan terpenting yang ada pada badan. Ia juga merangkumi keseluruhan badan manusia dari bahagian atas sehinggalah ke bawah. Ia juga berfungsi untuk melindungi tubuh kita daripada unsur dari luarnya seperti udara, air, suhu dan kesensitifan rasa.   Seperti mana yang diketahui umum, kulit yang paling banyak terdedah kepada udara dan persekitaran adalah kulit wajah. Jika disebut tentangnya, wanita antara yang paling sensitif dan sangat peka terhadap kesihatan kulit muka ini. Hal ini kerana tempat jatuh pandangan manusia adalah pada raut wajah seseorang.   Menjaga Kulit Wajah Semudah ABC! Sebenarnya, menjaga kulit wajah itu bermula dari menjaga kesihatan dalaman kita. Hal ini kerana, kulit antara jalan untuk badan seseorang mengeluarkan toksik dan seumpamanya. Jadi, kita perlu mengamalkan pengambilan air putih yang mencukupi dan sumber serat yang lengkap untuk membant