Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah
Organ Terbesar Tubuh
Kesihatan kulit penting kepada manusia, terutamanya
wanita. Kulit merupakan organ terbesar dan terpenting yang ada pada badan. Ia juga
merangkumi keseluruhan badan manusia dari bahagian atas sehinggalah ke bawah. Ia
juga berfungsi untuk melindungi tubuh kita daripada unsur dari luarnya seperti
udara, air, suhu dan kesensitifan rasa.
Seperti mana yang diketahui umum, kulit yang paling
banyak terdedah kepada udara dan persekitaran adalah kulit wajah. Jika disebut
tentangnya, wanita antara yang paling sensitif dan sangat peka terhadap
kesihatan kulit muka ini. Hal ini kerana tempat jatuh pandangan manusia adalah
pada raut wajah seseorang.
Menjaga Kulit Wajah Semudah ABC!
Sebenarnya, menjaga kulit wajah itu bermula dari
menjaga kesihatan dalaman kita. Hal ini kerana, kulit antara jalan untuk badan
seseorang mengeluarkan toksik dan seumpamanya. Jadi, kita perlu mengamalkan
pengambilan air putih yang mencukupi dan sumber serat yang lengkap untuk
membantu kulit lebih sihat dan cantik.
Seperti yang dinyatakan di atas, penjagaan kulit ini
penting kerana apa yang muncul di atas kulit itu bergantung kepada faktor pemakanan
yang diambil oleh seseorang. Jika pemakanan itu dijaga maka kulit akan lebih
sihat dan kelihatan muda, begitu juga sebaliknya jika pemakanan tidak dijaga
maka kulit akan mudah sensitif dan tidak sihat.
Kulit Cantik Dengan Vitamin
Sebagai langkah awal yang bijak, kita perlu menjaga
pemakanan harian serta mengambil vitamin kulit yang betul untuk menjaga kulit
terutamanya kulit wajah. Antara vitamin kulit yang sesuai untuk di ambil adalah
protein kerana ia membantu untuk membina sel baru serta membaik pulih sel yang
telah rosak. Kelebihan Protein Shaklee antaranya
·
membantu untuk mengekalkan keremajaan wajah
·
mengembalikan keremajaan kulit
·
mengurangkan kedutan
·
serta mempercepat sembuhan luka dan parut wajah
Selain itu, vitamin C juga penting untuk membina
kolagen dan memelihara kesihatan kulit kita. Ia juga boleh membantu untuk
mengurangkan kesan parut jerawat, luka dan sebagainya yang membuatkan kulit
rosak dan mudah sensitif. Kekurangan vitamin C kepada kulit akan menyebabkan
pemulihan kecederaan yang lambat, kulit lebih kering, kusam serta menjadi
kasar. Antara kelebihan vitamin C Shaklee adalah
·
membantu meningkatkan sistem imun
·
menjadikan kulit lebih cerah dan menghalang jeragat
·
meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh
·
serta melegakan inflamasi
Protein dan vitamin C ini bukan sahaja menbantu untuk
mencantikkan kulit wajah, ia juga membantu untuk mencantikkan dalaman seseorang
kerana ia membina sel dari dalam serta membantu untuk memulih secara cepat.
Shaklee memberi peluang kepada semua untuk mencuba
kebaikan set vitamin kulit harga rahmah dan berpeluang untuk menjadi sihat dan
dalam masa yang sama, kekal cantik dan berseri dalam menyambut hari lebaran
yang bakal tiba.
Selamat berpuasa semua.
Untuk order vitamin kulit harga rahmah, boleh hubungi:
WA: 01120725384
Email: anaimtiyaz92@gmail.com
Instagram: nuratiqah_naq
Komentar
Posting Komentar