Insentif Shaklee Malaysia



Keliling Dunia Dengan Shaklee

 

Semua dalam kalangan kita pasti ada impian untuk berjalan-jalan melihat alam ini. Bagi pencinta alam semula jadi, sudah tentu kawasan yang berbukit- bukau dan bergunung-ganang menjadi idaman hati. Memang betul kata pepatah bahawa 'jauh berjalan luas pandangan'. Hal ini kerana melalui perjalanan yang ditempuhi itu, akan memungkinkan ahlinya untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan manfaat daripadanya. 

 

 



Penghargaan Kepada Diri Sendiri

 

Walaupun hanya berjalan di luar dari kawasan tempat tinggal kita, itu sudah membuatkan kita seronok dan 'healing'. Apatah lagi trip perjalanan yang Shaklee sediakan ini! Insentif Shaklee ini juga menawarkan trip perjalanan yang menarik dan menyeronokkan bagi sesiapa sahaja yang layak. Dan kebanyakan tempat lawatan yang ditawarkan oleh Shaklee merupakan kawasan pelancongan popular di dunia. Jadi, untuk trip perjalanan kali ini, Shaklee menawarkan dua tempat utama yang menarik dan cantik untuk dilawati. Iaitu trip ke Jepun dan Royal Carribean Cruise. Wah! Ini menarik sekali!

 

Di Jepun, kita akan menjelajah ke tiga daerah menarik di sana seperti Osaka, Nara dan Kyoto. Di Osaka, tempatnya lebih santai dan terkenal dengan makanannya serta malamnya yang 'hidup'. Bahkan, tempat-tempat membeli belah di sana juga menjadi tarikan utama pelancong. Manakala Taman di Nara pula menjadi antara destinasi wajib jika kita berkunjung ke Jepun. Pengunjung berpeluang untuk memberi rusa makan secara santai iaitu memberi makanan khas bernama 'shika senbei' (makin tidak sabar hendak ke sana). Tambahan pula, satu lagi destinasi yang bakal dikunjungi adalah Kyoto iaitu sebuah kawasan berdekatan dengan gunung kecil yang memiliki keindahan pemandangan semula jadi yang pastinya akan membuatkan pengunjungnya tertaut hati dan sayang untuk meninggalkan tempat ini. 


 



Trip Regional Yang Bertaraf Antarabangsa

 

Selain daripada trip perjalanan ke Jepun, Shaklee juga memberi peluang untuk melancong ke tempat yang lebih hampir dengan kita iaitu melalui pakej Royal Carribean Cruise Singapore to Phuket selama lima hari empat malam. Cruise mewah ini pastinya akan meninggalkan pengalaman dan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Malah, ia bakal membawa kita mengunjungi tiga buah negara dalam satu trip perjalanannya. 

 

Jom layakkan diri kita untuk mengikuti trip perjalanan ke Jepun dan Cruise ini! Jadikan ini sebagai salah satu cara untuk kita mengutip ilmu dan melihat keindahan ciptaan Tuhan. 

 


Jumpa di sana, insyaaAllah!


Untuk join bisnes Shaklee dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

 

WA: 01120725384

Email: anaimtiyaz92@gmail.com

IG: nuratiqah_naq


Komentar

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU

UJIAN ATAU RAHMAT?

PETUA HILANGKAN JERAGAT