Postingan

Menampilkan postingan dari Oktober, 2023

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA

Gambar
Doa merupakan senjata terpenting bagi seseorang Islam. Ia juga mengukur hubungan antara Tuhan dan hambanya dalam keakraban dan penyerahan. Sebagai muslim, kita mesti menjaga hubungan kehambaan ini kerana Allah murka kepada hambaNya yang tidak pernah meminta kepadanya. Ini menunjukkan bahawa Allah bersifat Kasih dan Sayang terhadap hambaNya. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa doa yang boleh dijadikan amalan dan bacaan harian khusus untuk wanita di luar sana.     Sebenarnya setiap doa harian yang kita biasa dengar seperti doa bangun tidur dan sebelum tidur juga baik untuk diamalkan sebelum tidur dan sesudah bangun darinya. Ini menunjukkan kita rasa kesyukuran kita sebagai hamba Allah dan penyerahan kita kepadaNya dalam menentuka n  hal yang terbaik dalam setiap urusan kita sepanjang hari tersebut. Doa bangun tidur : اَللهُمَّ بِسْمِكَ أَحْيَا وَأَمُوتْ Dan doa bangun dari tidur: اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورْ   Sebagai hambaNya, kita