HARI RAYA DENGAN SHAKLEE




Berhari Raya Di Kampung Suami


Raya kali ini lebih istimewa buat suami kerana tahun ini kami sekeluarga pulang beraya di kampung beliau. Kami pulang bercuti selama 10 hari memandangkan perjalanan agak jauh dan melepasi sempadan negara. Ini juga merupakan pengalaman pertama beraya di Batu Bara setelah empat tahun berumahtangga. Alasan yang lebih tepat adalah disebabkan kekangan virus covid 19 yang melanda dunia, maka raya kali ini memberi peluang kepada kami untuk berhimpun semula. 

 

Berhari raya dengan juadah istimewa di sini sedikit berbeza dengan kebiasaannya. Kalau di sini, lebih menikmati juadah lontong berkuah sayur atau pecal serta rempeyek dan kerepek buatan sendiri. Dan sudah pasti, rasanya lebih segar dan asli dengan rempah ratus yang pelbagai diadun bersama. Selain itu, pemandangan di sini juga berbeza kerana tempat kami di Malaysia berdekatan bukit bukau dan gunung ganang, manakala di sini pemandangan adalah berhampiran dengan laut.




  



Datang Macam Ribut Pergi Macam Semut


 

Dalam berseronok berhari raya dan cuaca tidak menentu kerana kebanyakan waktu siang adalah panas terik, kami diuji dengan sakit selesema dan batuk. Bermula dari anak yang kurang sihat, kemudiannya bergilir kepada mak dan ayahnya. Alhamdulillah cuma batuk dan selesema. Hal ini kerana, saya sangat bimbang jika penyakit ini berlarutan memandangkan kes varian covid 19 yang dikatakan mula merebak semula. Keadaan ini menyumbang juga kepada selesema dan batuk yang sukar untuk sembuh dengan cepat. 

 

Dari awal lagi sebelum bergerak ke Batu Bara, saya sudah menyiapkan anak dengan set booster Shaklee yang semestinya mesra alam dan semulajadi. Tambahan pula, anak saya termasuk juga dalam kalangan anak-anak yang tidak suka dengan ubat-ubatan. Namun, alhamdulillah dia suka sangat dengan Nutriferon Shaklee, Hero Kiddo Gummies, dan Vitamin C Chewable Shaklee. Dan untuk kami sebagai mak dan ayah ini pula ditambah dengan Vitamin C Sustained Release Shaklee.




 

Set Booster Pilihan Ramai


 

Saya suka set booster ini kerana ia set yang lengkap untuk membantu menyahaktifkan kuman dan virus yang hinggap di badan seseorang. Ia juga membantu untuk mempercepat proses pemulihan dan rawatan pada badan kita secara semula jadi dan selamat tanpa kesan sampingan. Sebagai contoh, saya memberikan set booster ini kepada anak saya supaya selesema dan batuknya tidak berlarutan serta mengelak daripada demam. 

 

Begitu juga untuk saya dan suami yang mana kami mengambil set yang sama dengan dos tambahan Vitamin C SR supaya ia tidak berjangkit pula kepada keluarga yang lain. Set ini juga membantu kami dalam menguatkan imun sistem apabila bergerak dan terdedah kepada udara yang tidak baik di persekitaran kami.




 

Pengalaman Berharga



 

Hari raya dengan Shaklee menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana ia mengajar saya untuk menjadi lebih kuat luaran dan dalaman serta menjaga orang tersayang dengan lebih baik. Kita juga perlu peka dengan persekitaran kita supaya orang yang disayangi selamat dan berada dalam keadaan baik seperti yang kita mahukan. 

 

Perlu diingat juga, kesihatan perlu dijaga dengan sebaiknya dan dihargai sebelum ia pergi meninggalkan kita. Ingat sihat sebelum sakit! 


Untuk join bisnes Shaklee dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

 

WA: 01120725384

Email: anaimtiyaz92@gmail.com

IG: nuratiqah_naq



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

VITAMIN UNTUK WANITA

IMPIAN SETIAP WANITA