PERCUTIAN SHAKLEE


Bercuti merupakan satu cara untuk kita menenangkan diri dan berehat setelah penat menguruskan kerja dan sebagainya. Syarikat Shaklee sangat menghargai kerja keras ahlinya yang berjaya mencapai target dan nilai yang ditetapkan dengan percutian menarik dan mewah. Ramai ahlinya yang telah merasai keseronokan trip Shaklee yang disediakan dengan pakej di dalam negara dan luar negara ini. 

 

Melihat dari kejayaan dan percutian Shaklee yang telah dilalui oleh Master-Master hebat pengaruh di media sosial seperti Instagram dan Facebook, ia dikatakan percutian terbaik yang tidak pernah dirasai jika bercuti yang dirancang sendiri. Hal ini kerana Shaklee menyediakan kemudahan untuk ahlinya dari mula hingga akhir perjalanan nanti. Bermula dari tiket penerbangan yang ditaja, tempat tinggal di hotel mewah, bersiar-siar melihat pemandangan, berjalan-jalan melawat tempat-tempat pelancongan yang terkenal, makanan yang sedap dan tidak sempat merasa lapar, duit belanja untuk membeli belah dan pelayan terbaik sehinggalah sampai semula menjejak kaki ke bumi Malaysia. Semuanya tersedia dan tinggal kita cuma perlu bawa duit belanja untuk kenangan ahli keluarga dan rakan-rakan yang tinggal di Malaysia. 


 

Banyak tempat menarik telah ditaja oleh Shaklee bagi percutian mewah ini antaranya London, Jepun, Switzerland, Mekah dan Madinah, Cruise serta banyak lagi. Kebanyakan tempat yang dilawati adalah tempat yang perlu dibayar dengan harga yang mahal dan bukan hotel-hotel biasa sahaja. Manakala makanan yang disediakan pula lebih memenuhi citarasa orang Asia dan tukang masak juga diimport untuk menyediakan masakan tersebut. Shaklee juga menyediakan buah tangan seperti coklat dan manisan sesampainya di tempat yang dituju. Semua ahli yang mengikuti percutian Shaklee ini dilayan seperti VIP dan mewah dengan pelbagai hadiah. 

 

Selain itu, terdapat juga makan malam bertema yang disediakan khusus untuk meraikan ahlinya yang berjaya mencapai tahap tertinggi dalam organisasi Shaklee. Mereka diraikan pada malam tersebut dengan penyampaian cenderahati di samping semua hadirin yang lain juga diraikan dan disambut mesra. 



 Ia merupakan percutian idaman setiap ahli yang menyertai Shaklee kerana ia layak untuk diraih tanpa mengira tahap pendidikan, status keluarga, status kewangan dan sebagainya. Yang paling penting adalah usaha untuk mencapai target yang telah ditetapkan dan melepasi tahap yang ingin dicapai dalam bisnes Shaklee. Ia mudah sekiranya usaha dan perancangan yang baik telah diatur dalam organisasi bisnes masing-masing serta doa yang mengiringi usaha kita. Jangan takut untuk bermimpi kerana ia percuma!

 

Berminat untuk join bisnes Shaklee? Jom hubungi saya melalui:

WA: 01120725384

Email: anaimtiyaz92@gmail.com

IG: nuratiqah_naq

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

VITAMIN UNTUK WANITA

IMPIAN SETIAP WANITA