IMPIAN SETIAP WANITA
Rutin harian seorang wanita bergelar isteri dan mak kepada anak-anak yang comel dan bijak biasanya bermula pada waktu pagi dan berakhir apabila semua urusan selesai. Memberi perhatian kepada makanan dan minuman suami dan anak-anak serta menyediakannya dengan persediaan yang terbaik membuatkan kita merasa gembira dan punca kebahagiaan dalam diri. Sang isteri juga akan bangun pada awal pagi dan merancang segala aktiviti untuk seisi keluarga seperti masakan yang akan disiapkan, perbualan yang ingin dibicarakan, luahan yang ingin didengari dan sebagainya sebagai rutin.
Sang isteri kebiasaannya juga akan merancang untuk membuat aktiviti-aktiviti ringan di rumah seperti mengemas tempat tidur, ruang tamu, bilik anak-anak, dapur, ruang rehat dan sebagainya untuk dilihat kemas dan rapi serta membangkitkan emosi bahagia dan selesa di dalam dan sekitarnya. Inilah antara rutin harian seorang isteri yang diidam-idamkan oleh ramai wanita.
Hal ini kerana ia membantu juga untuk membangkitkan emosi tenang, positif dan optimis kepada seseorang di samping setiap aktiviti dapat dirancang dengan teratur dan tersusun pada waktu kerja yang fleksibel dan santai. Dan ini tidak bermaksud urusan kerja dibuat dengan sambil lewa atau remeh sahaja, sebaliknya ia dilaksanakan dalam waktu yang relaks dan tidak terkejar-kejar.
Impian untuk kerja dari rumah ini sangat sesuai untuk dijalankan terutamanya kepada seseorang yang mementingkan urusan keluarga untuk dijaga dengan baik. Yang saya maksudkan seperti keadaan seorang isteri yang inginkan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan anak-anaknya seperti dalam bidang pembelajaran dan pendidikan mereka, faktor kesihatan dan pengambilan makanan yang baik, pengaruh rakan sebaya, tempat meluah perasaan, kebaikan emosi suami usai pulang dari tempat kerja, dan sebagainya. Namun, apakah pekerjaan yang sesuai untuk dijalankan dengan santai seperti ini?
SHAKLEE menawarkan bisnes yang fleksibel dan sesuai untuk kaum wanita terutamanya kerana ia boleh dijalankan di mana-mana sahaja, di rumah, di kedai makan, di rumah kawan, di kampung, di luar negara, di tempat awam, dan sebagainya. Cukup hanya dengan membuat perkongsian produk yang telah diamalkan dan mendapat testimoni sendiri atau rakan-rakan rapat kita, ia sudah membantu untuk mengembangkan sayap perniagaan secara langsung dan tidak langsung. Aktiviti berkumpul dengan rakan perniagaan juga boleh dibuat secara santai dan berakhir dengan aktiviti makan-makan serta dijalankan di mana sahaja mengikut kemahuan kita. Ia termasuk bisnes di hujung jari sahaja.
Namun begitu, kerja dari rumah ini memerlukan komitmen yang baik dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang terbaik kerana kita adalah ketua dan pemimpin kepada diri sendiri dan orang bawahan kita. Perlulah memupuk sikap berkepemimpinan dan dijadikan teladan kepada orang lain supaya dilihat serius dalam membentuk organisasi dan kesungguhan menuju kejayaan yang bakal dicapai.
Sebarang pertanyaan mengenai kerja dari rumah dengan SHAKLEE, boleh hubungi saya melalui medium berikut :
WA: 01120725384
Email: anaimtiyaz92@gmail.com
IG: nuratiqah_naq
Komentar
Posting Komentar