TIPS BISNES ONLINE


Bisnes atau perniagaan adalah satu pekerjaan mulia yang Nabi sendiri anjurkan kepada umatnya untuk menjalankan aktiviti ini. Bahkan ia dikatakan sebagai sembilan per sepuluh daripada punca rezeki kita. Walaupun di mana kita menjalankan bisnes ini, ia perlu dijalankan dengan baik, dan mengamalkan prinsip-prinsip yang betul agar mendapat hasil yang baik dan sesuai dengan apa yang dihajati. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips bisnes online yang boleh diikuti dan diamalkan bersama.

 

Antara tips yang berguna adalah dengan menjaga masa iaitu kita perlu memperuntukkan masa yang betul selama mana perniagaan atas talian ini dijalankan. Ia perlu dirancang dengan teliti dan bersesuaian dengan hasrat kita sebagai peniaga. Di samping itu, kita mesti menyusun masa yang betul untuk perniagaan dan juga aktiviti lain seperti meluangkan masa dengan ahli keluarga, membuat aktiviti sendiri dan sebagainya.

 


Tips lain yang boleh diamalkan adalah berdisiplin dalam menjalankan bisnes online ini. Hal ini kerana ia menjadi tonggak utama kepada pengaruh yang akan dibina dalam diri dan kepada pengikut perniagaan kita. Ahli perniagaan yang berdisiplin akan menunjukkan teladan yang baik dan ia dibuktikan dengan sikap positif, optimis dan berdedikasi dalam menjalankan bisnes yang dibuat. 

 

Berkata dengan dedikasi, ia memerlukan kepada keutuhan dan kecekalan jiwa menghadapi ujian, rintangan dan cabaran dalam bisnes yang dijalankan. Jika kita mudah berputus asa dan tidak tahan dengan cobaan, ia menunjukkan sikap kita yang kurang berdedikasi terhadap bisnes yang dilakukan. Selain itu, ahli perniagaan yang berjaya perlulah membuat tugasan mengikut keutamaan. Sebagai contoh, kita perlu membuat pilihan yang tepat dalam membuat keputusan dan bertindak mengikut keutamaan iaitu mementingkan keperluan daripada kehendak. 

 


Di samping itu juga, tips bisnes online yang boleh diamalkan antaranya dengan memahami kehendak pelanggan. Seseorang ahli bisnes perlu mahir membaca pergerakan minda pelanggan dengan menawarkan khidmat yang sesuai dengan mereka. Sekiranya tidak, ia akan jauh dari kita dan mengelak untuk berhubung dan bermualamat dengan kita. Sebagai contoh yang baik, kita boleh bertanya khabar dan berbual santai agar pelanggan merasa lebih mesra dan mudah didekati. 

 

Ahli bisnes juga perlu mempunyai sikap sanggup berkorban untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan bersedia dalam setiap perkara. Hakikatnya, banyak perkara perlu dikorbankan, namun jangan sampai kita menjadi korban. Antara pengorbanan yang perlu dilakukan seperti menyediakan bahan bantu untuk menjalankan bisnes seperti telefon yang baik, kamera, perhiasan meja, perhiasan latar belakang gambar dan sebagainya dan ia bertujuan untuk menarik minat pelanggan serta membuatkan kita berbeza dengan orang lain. 

 

Akhir sekali, tips bisnes online yang boleh saya kongsikan adalah dengan mempromosikan barang yang dijual di beberapa aliran media sosial yang dimiliki seperti di Instagram, Facebook, Tweeter, Tiktok, Thread, Blog, dan seumpamanya. Dengan itu, ia akan melebarluaskan lagi pengenalan diri kita dan produk yang dijual kepada lebih ramai orang di luar sana. 

 

Selamat mencuba, dan jom kunjungi media sosial saya juga!

 

Berminat untuk join bisnes Shaklee? Jom hubungi saya melalui:

WA: 01120725384

Email: anaimtiyaz92@gmail.com

IG: nuratiqah_naq

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

VITAMIN UNTUK WANITA

IMPIAN SETIAP WANITA