TIPS TRAVEL
Banyak perkara yang kita impikan untuk ditunaikan dalam kehidupan kita, sama ada ia impian untuk diri sendiri atau seisi keluarga. Antara impian yang disukai oleh ramai orang adalah melancong di dalam dan luar negara atau tempat-tempat menarik di kawasan sekitar negeri tempat kita tinggal. Ia boleh didefinisikan dengan banyak hal namun yang lebih tepat adalah impian yang telah lama disimpan dan ditunaikan mengikut waktu yang sesuai dan menenangkan.
Banyak tips yang boleh didapati sebagai persediaan seseorang untuk melancong dan lebih-lebih lagi pelancongan di luar negara. Tips travel yang saya ingin kongsikan boleh dijadikan panduan untuk para bakal pelancong semua :)
1) SUSUNAN BAGASI DAN BARANG
Beg dan barang adalah perkara yang penting utuk difikirkan kerana ia menunjukkan seseorang ingin berjalan-jalan hanya melalui pandangan fizikal sahaja. Bagasi yang cantik dan tahan lasak perlu dimiliki untuk memudahkan urusan kita serta membolehkan kita membawa barang yang diingini dan bersesuaian dengan keadaan kita. Sebaiknya bawalah pakaian yang perlu sahaja agar ia tidak memakan banyak ruang. Sekiranya melancong bersama anak kecil, pastikan barang penting dibawa bersama dan mencukupi.
2) SURVEY HARGA TIKET
Semakan harga tiket kapal terbang atau kereta api yang ingin dinaiki juga penting bagi membantu untuk menjimatkan wang. Ada beberapa tips untuk menyemak harga tiket yang boleh dibuat di beberapa laman web syarikat penerbangan dan pengangkutan darat tersebut. Sebagai contoh, semaklah harga untuk hari Selasa dan Rabu pada waktu malam kerana ia antara harga yang paling murah boleh anda dapati. Selain itu, semaklah harga tersebut sebulan lebih awal bagi mengelakkan harga yang mahal serta kehabisan tiket.
3) SUSUNAN BARANG KECIL DAN COMEL
Kita perlu sediakan beg kecil atau 'kit' yang boleh diletak diruang yang kecil dan tidak memakan ruang yang banyak. Sebagai contoh barang elektronik yang semestinya penting ketika melancong, charger telefon bimbit, ear phone, perhiasan wanita seperti pin tudung, getah rambut dan lain-lain boleh disatukan mengikut kegunaannya di dalam kotak kecil. Ia lebih selamat dan dapat dielakkan daripada patah, cedera dan rosak.
4) KELENGKAPAN DOKUMEN YANG MENCUKUPI
Banyak hal yang tidak terduga boleh berlaku apabila kita melancong. Jadi, tips travel ini boleh digunakan sebagai menyediakan payung sebelum hujan. Dokumen-dokumen penting seperti pengenalan diri perlulah disediakan dalam bentuk softcopy dan ia boleh dicetak pada bila-bila masa jika diperlukan.
5) PILIH TEMPAT DUDUK
Jika berpeluang untuk memilih tempat duduk di dalam pesawat, pilihlah tempat duduk berdekatan dengan kipas kapal kerana ia adalah kawasan yang paling kurang mengalami tekanan dan gegaran sepanjang perjalanan. Selain itu, bawalah botol air yang kosong sebagai persediaan untuk digunakan ketika di dalam pesawat dan setelah sampai ke destinasi. Hal ini kerana cecair yang melebihi 100ml dilarang untuk dibawa di atas kapal terbang. Sekiranya cecair seperti ubat, sabun mandi dan shampoo dibawa,ia mestilah diletakkan di dalam bagasi dan pastikan ia dilapik dengan plastik untuk mengelakkan tumpah dan bocor.
6) PERTUKARAN WANG
Elakkan menukar wang anda di lapangan terbang dan hotel kerana nilai pertukarannya agak mahal. Lebih baik persediaan awal dibuat dengan menyediakan wang pertukaran yang mencukupi dari tempat tinggal sendiri, atau pergi ke kawasan selain tempat diatas untuk menukar wang sekiranya telah sampai ke destinasi pelancongan kita. Sebagai tips tambahan, lekatkan pelekat 'mudah pecah' di bagasi untuk menjamin keselamatannya dan kemudahan urusan ketika mengambil bagasi tersebut.
7) BIJAK KETIKA TRAVEL
Banyak maksud bijak yang boleh diaplikasi ketika melancong. Perlu diingat bahawa melancong cuma sekejap sahaja, dan pulang dari itu kita tetap perlu menjalankan aktiviti biasa. Oleh itu, bijaklah mencari waktu percutian yang sesuai serta elakkan makan di luar ketika melancong. Sekiranya boleh, singgahlah ke kedai yang popular di semua negara seperti 7 eleven dan lain-lain dengan berbelanja mengikut keutamaan. Selain itu, boleh juga menaiki kenderaan awam atau berjalan kaki di destinasi pelancongan untuk bersiar-siar dan melihat pemandangan sekeliling. Jangan lupa untuk ambil peluang melawat tempat pelancongan yang percuma kerana ia membantu untuk anda berjimat di samping kenangan juga boleh disimpan dari perjalanan pelancongan impian kita.
Komentar
Posting Komentar