AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Dalam kehidupan kita, pasti banyak cabaran dan keperluan yang dihadapi untuk diteruskan. Kehidupan hari ini sangat berbeza dengan kehidupan pada zaman sebelum ini. Dengan krisis ekonomi dan pelbagai cabaran membuatkan manusia perlu saling bersaing untuk mencapai matlamat yang diinginkan.
Jika dahulu, kebanyakan wanita bahkan emak-emak kita hanya tinggal di rumah dan membantu menguruskan rumah, suami dan anak-anak tanpa sebarang tekanan dari luar. Mereka bebas untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan menjadi tempat meluahkan rasa dan belas kasihan. Ibu-ibu juga dapat menyediakan masakan dan air tangan untuk diberikan kepada suami dan anak-anak di mana ia adalah pengikat kasih sayang antara satu dengan yang lain.
Namun kini, dunia sudah berubah di mana wanita lebih ramai yang bekerjaya dan terdedah kepada risiko tekanan dan masalah di tempat kerja yang sama sahaja seperti kaum lelaki. Hal ini berbeza pula dialami oleh wanita muda yang sudah berkeluarga atau sebaliknya, serta wanita di usia 50 tahun dan keatas atau sebaliknya. Jadi, perubahan zaman dan persekitaran baharu ini perlu diterima dan dilalui dengan baik, khususnya bagi wanita yang bekerja di pejabat dan di rumah.
TIPS AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
1. PERSEKITARAN YANG BAIK
Amalan gaya hidup sihat amat penting kerana kesibukan yang dilalui hari ini menjadikan kita kurang prihatin kepada diri dan persekitaran kita. Yang lebih utama adalah keadaan persekitaran kita yang sama akan membuatkan kita mudah tepu dan merasa tekanan. Jadi, saranan saya adalah kita perlu mencari rakan yang baik untuk kita meluahkan rasa dan bersedia mendengar masalah orang lain juga. Hal ini akan membantu kita merasa bersyukur dan tenang dengan nikmat yang telah diberikan.
2. MELIHAT YANG HIJAU
Selain itu, boleh amalkan perkara ini. Memang nampak pelik tapi ia benar. Saya sendiri suka untuk melihat kehijauan jika sedang mengalami tekanan kerja dan sebagainya. Ia dapat merehatkan minda dan menyejukkan mata serta mengembalikan kesegaran kepada fikiran dan hati juga. Ini adalah cara yang bijak untuk menangani masalah tekanan dan menenangkan. Jika tidak percaya, cubalah!
3. AKTIVITI FIZIKAL SEBAGAI RUTIN
Tambahan pula, aktiviti fizikal boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan dan dijadikan amalan gaya hidup sihat. Banyak aktiviti fizikal yang ringan dan mudah boleh dibuat seperti berjalan kaki sekeliling rumah atau taman, bergerak setempat di dalam atau di luar rumah, senaman ringan dan sebagainya. Ia membantu untuk melancarkan pergerakan darah dan mengelakkan masalah kebas dan seumpamanya. Ia boleh diamalkan bersama keluarga dan rakan-rakan dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan.
4. PEMAKANAN YANG SIHAT
Termasuk juga dalam mengamalkan gaya hidup sihat ialah mengambil air yang mencukupi sebanyak 8 gelas air dapat membantu membekalkan oksigen yang cukup kepada badan serta mengelakkan masalah mengidam makanan yang sebenarnya badan tidak lapar. Di samping itu, amalkan pemakanan yang sihat seperti pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta serat yang dapat membantu untuk penghadaman. Dalam masa yang sama, jangan ditinggalkan suplemen sihat untuk membantu membekalkan tenaga kepada kita terutamanya yang sibuk dan banyak bergerak di rumah sebagai suri rumah, atau di luar ketika bekerja.
5. TIDUR YANG MENCUKUPI
Tidur yang mencukupi juga membantu untuk membuatkan kita bangun tidur dengan selesa dan nyenyak. Tidurlah awal waktu iaitu sebelum jam 11 malam kerana ia membantu untuk menjaga kesihatan dalaman kita. Ia juga membantu untuk kita bangun awal dan bersedis untuk menghadapi kesibukan hari esoknya.
Jom amalkan gaya hidup sihat dan boleh amalkan tips yang saya kongsikan di atas. Semoga memberi manfaat kepada semua. Sehingga berjumpa lagi!
Komentar
Posting Komentar