PETUA HILANGKAN JERAGAT
Kulit merupakan organ yang paling besar dimiliki oleh manusia. Kulit wajah pula adalah bahagian kulit yang paling sensitif dan lembut serta selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Hal ini membuatkan kulit menjadi gelap, terbakar, gatal, sensitif dan seumpamanya. Antara masalah yang sering menyinggah ke kulit wajah seperti jerawat, jeragat, tona tidak sekata dan sebagainya. Jerawat ini lebih kepada masalah untuk kulit orang yang muda dan jeragat pula sering dialami oleh golongan yang lebih dewasa. Hal ini kerana kulit manusia dikategorikan kepada dua jenis jika bermasalah iaitu kulit berminyak dan kulit kering.
Jeragat boleh didefinisikan dengan bintik-bintik atau tompok-tompok gelap pada muka. Ia sering dialami oleh golongan wanita berbanding lelaki antaranya disebabkan oleh kekerapan terdedah kepada sinaran matahari, mengalami masalah hormon, pemakaian produk kecantikan wajah yang salah dan mengandungi bahan kimia dan seumpamanya.
Tahukah anda kulit yang terlebih lama terdedah kepada matahari akan menyebabkan masalah jeragat mudah didapati lebih-lebih lagi sekiranya kulit wajah tidak dilindungi dengan pelindung wajah yang sesuai. Kesihatan kulit ini perlu dijaga sejak dari muda supaya ia sihat dan selamat apabila sudah tua serta dapat mengelak dari masalah jeragat. Ia boleh diatasi dengan beberapa cara antaranya dengan menjaga pemakanan supaya ia boleh dihindari secara dalaman.
Petua Hilangkan Jeragat
1. PENGAMBILAN VITAMIN C
Pengambilan vitamin c merupakan antara petua hilangkan jeragat yang baru hendak bertapak di wajah. Ia adalah asas untuk menjaga kulit dari masalah yang lebih serius seperti jerawat yang teruk dan jeragat. Ia berfungsi mencerahkan kulit dan melindungi daripada jangkitan dan kuman serta memudarkan parut.
2. PENGAMBILAN VITAMIN E
Pengambilan vitamin E sangat penting untuk kulit kerana ia membantu untuk meningkatkan sistem imun dan bersifat antioksidan dan anti-radang. Ia juga membantu untuk mengursngkan risiko kulit terbakar akibat terdedah kepada sinaran cahaya matahari.
3. PENJAGAAN KULIT YANG BAIK
Kulit wajah yang baik perlulah dilindungi dengan produk kecantikan yang betul dan bebas bahan kimia seperti merkuri, paraben dan seumpamanya. Produk kecantikan yang tumbuh bagai cendawan di pasaran perlulah diperhatikan dan dipilih dengan baik kerana kesan bahan kimia ini sangat buruk kepada kulit wajah dan organ dalaman juga. Selain itu, perlu amalkan penjagaan kulit wajah dengan kerap dan teratur bagi mengelakkan masalah jeragat seperti penggunaan pelembap muka (moisturizer spf50) , toner dan pencuci muka yang betul.
4. PENGAMBILAN KOLAGEN
Seperti yang ramai maklum bahawa pengambilan kolagen sangat baik untuk mengurangkan masalah jeragat secara dalaman. Ia membantu untuk mengurangkan masalah pigmentasi dan meratakan tona kulit wajah. Tambahan pula, ia membantu melembapkan kulit dan membekalkan nutrien pada kulit dari dalam supaya lebih cerah dan berseri. Kolagen juga boleh diamalkan setiap hari kerana sangat baik untuk kulit dan menjadikannya lebih sihat.
Kesimpulannya, masalah jeragat boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang betul serta penjagaan yang baik kepada kulit wajah. Ia juga boleh dicegah dari awal sekiranya langkah-langkah yang betul dilakukan kepada kulit seperti memakai pelindung sinaran matahari serta mengamalkan petua-petua seperti di atas.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai cara mengurangkan masalah jeragat, boleh hubungi:
WA: 01120725384
Email: anaimtiyaz92@gmail.com
IG: nuratiqah_naq
Komentar
Posting Komentar