PETUA HILANGKAN JERAGAT

Kulit merupakan organ yang paling besar dimiliki oleh manusia. Kulit wajah pula adalah bahagian kulit yang paling sensitif dan lembut serta selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Hal ini membuatkan kulit menjadi gelap, terbakar, gatal, sensitif dan seumpamanya. Antara masalah yang sering menyinggah ke kulit wajah seperti jerawat, jeragat, tona tidak sekata dan sebagainya. Jerawat ini lebih kepada masalah untuk kulit orang yang muda dan jeragat pula sering dialami oleh golongan yang lebih dewasa. Hal ini kerana kulit manusia dikategorikan kepada dua jenis jika bermasalah iaitu kulit berminyak dan kulit kering. Jeragat boleh didefinisikan dengan bintik-bintik atau tompok-tompok gelap pada muka. Ia sering dialami oleh golongan wanita berbanding lelaki antaranya disebabkan oleh kekerapan terdedah kepada sinaran matahari, mengalami masalah hormon, pemakaian produk kecantikan wajah yang salah dan mengandungi bahan kimia dan seumpamanya. Tahukah anda kulit y...