HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Berhari Raya Di Kampung Suami Raya kali ini lebih istimewa buat suami kerana tahun ini kami sekeluarga pulang beraya di kampung beliau. Kami pulang bercuti selama 10 hari memandangkan perjalanan agak jauh dan melepasi sempadan negara. Ini juga merupakan pengalaman pertama beraya di Batu Bara setelah empat tahun berumahtangga. Alasan yang lebih tepat adalah disebabkan kekangan virus covid 19 yang melanda dunia, maka raya kali ini memberi peluang kepada kami untuk berhimpun semula. Berhari raya dengan juadah istimewa di sini sedikit berbeza dengan kebiasaannya. Kalau di sini, lebih menikmati juadah lontong berkuah sayur atau pecal serta rempeyek dan kerepek buatan sendiri. Dan sudah pasti, rasanya lebih segar dan asli dengan rempah ratus yang pelbagai diadun bersama. Selain itu, pemandangan di sini juga berbeza kerana tempat kami di Malaysia berdekatan bukit bukau dan gunung ganang, manakala di sini pemandangan adalah berhampiran dengan laut. Datang Macam Ribut ...