PERCUTIAN SHAKLEE

Bercuti merupakan satu cara untuk kita menenangkan diri dan berehat setelah penat menguruskan kerja dan sebagainya. Syarikat Shaklee sangat menghargai kerja keras ahlinya yang berjaya mencapai target dan nilai yang ditetapkan dengan percutian menarik dan mewah. Ramai ahlinya yang telah merasai keseronokan trip Shaklee yang disediakan dengan pakej di dalam negara dan luar negara ini. Melihat dari kejayaan dan percutian Shaklee yang telah dilalui oleh Master-Master hebat pengaruh di media sosial seperti Instagram dan Facebook, ia dikatakan percutian terbaik yang tidak pernah dirasai jika bercuti yang dirancang sendiri. Hal ini kerana Shaklee menyediakan kemudahan untuk ahlinya dari mula hingga akhir perjalanan nanti. Bermula dari tiket penerbangan yang ditaja, tempat tinggal di hotel mewah, bersiar-siar melihat pemandangan, berjalan-jalan melawat tempat-tempat pelancongan yang terkenal, makanan yang sedap dan tidak sempat merasa lapar, duit belanja untuk membeli belah dan pel...