Cash Rebate - Dapat Makan Vitamin PERCUMA
Apabila kita berniaga, sudah pastinya keuntungan yang kita akan cari dan bertindak sebaiknya untuk memperolehinya. Dalam Shaklee, cash rebate memang ditawarkan kepada ahlinya dan sudah pasti pulangan wang seperti ini yang menjamin keseronokan dan kepuasan dalam berjual beli serta bersesuaian selari dengan kaedah berjual beli di dalam Islam.
Bermula dari awal mengamalkan produk Shaklee untuk diri sendiri, saya mula mengamalkan vitamin Lecithin dan Protein Shaklee iaitu pada waktu belajar dahulu. Malah, kedua-duanya adalah antara produk kegemaran yang amalkan hingga kini. Produk Lecithin membantu saya untuk mudah mengingat setiap pelajaran saya terutamanya matapelajaran Sejarah yang perlu banyak fakta dan maklumat untuk dihafal. Manakala Protein Shaklee yang dikenali sekarang dengan ESP pula saya amalkannya untuk masalah kulit saya kerana saya aktif bersukan dan melakukan aktiviti luar sehingga menyebabkan kulit wajah sedikit gelap dan tidak sekata. Hasilnya, kini kulit saya lebih cerah dan lembap serta membantu saya untuk lebih yakin untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang ramai.
Jadi, bermula dari mengamalkan Shaklee untuk diri sendiri, kemudian mula berkembang kepada memberikannya kepada keluarga dan seterusnya keluarga mentua. Kini, ayah mentua mengamalkan Vivix dan Resv sebagai bantuan untuk kekal bertenaga serta menyokong sistem dalamannya akibat strok dan darah tinggi. Selain itu, saya juga mengamalkan set kehamilan dan set berpantang Shaklee. Dan hasilnya, anak saya digelar sebagai 'anak Shaklee'.
Sudah pasti ramai orang di luar yang memiliki anak Shaklee seperti saya memandangkan ramai wanita seusia saya telah mengamalkan set ini sama seperti saya. Saya juga bersyukur kerana anak saya tidak mengalami masalah serius seperti kebanyakan kanak-kanak mengalamiya. Saya juga sangat bersyukur kerana anak saya dikurniakan kesihatan dan saya memberikannya produk Shaklee yang berseuaian juga sebagai kesinambungan legasi Shaklee kepada keluarga. Saya berbangga dapat berkongsi tentang kelebihan kesihatan yang kami peroleh dengan mengamalkan Shaklee ini.
Hasil dari perkongsian ini, ramai yang dapat saya bantu untuk menambahbaik keadaan kesihatan mereka dan keluarga mereka. Ia merupakan kepuasan yang terbaik kerana produk kesihatan mendapat demand yang tinggi dalam masyarakat dan ia menunjukkan tahap keperluan dan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat.
Bercerita mengenai Shaklee dan Cash rebate, Shaklee memberikan peluang untuk meraih keuntungan dan tunai kepada ahlinya, antaranya melalui bonus yang dibayar oleh syarikat berdasarkan nilai pembelian, untung runcit yang diperoleh melalui jualan harian bagi setiap produk dan bayaran melalui ganjaran pakej pelancongan serta anugerah dan banyak lagi.
Selain itu, kata yang lebih mudah adalah Shaklee memberi kemudahan dan kelebihan kepada penggunanya yang mendaftar sebagai ahli untuk mendapat pulangan tunai melalui pembelian sendiri atau jualan langsung yang dilakukan. Seperti pepatah melayu berkata alah membeli menang memakai, dan hal ini sesuai diibaratkan dengan kaedah yang diguna pakai dalam bisnes ini.
Saya sebagai pengguna dan penjual Shaklee juga dapat merasai kelebihan ini kerana dapat menambah nilai kesihatan di samping pula dapat cash rebate melaluinya. Sihat pun dapat, untung pun dapat! Dan rezeki ini dapat pula dikongsi dengan keluarga tercinta. Maka sangat bersyukur saya rasakan, alhamdulillah.
Untuk join bisnes Shaklee dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
WA: 01120725384
Email: anaimtiyaz92@gmail.com
IG: nuratiqah_naq
Komentar
Posting Komentar