VITAMIN UNTUK WANITA
Wanita pada zaman ini berbeza dari segi kerjaya dengan zaman dahulu kerana peluang pekerjaan lebih luas dan pelbagai dengan pelbagai pilihan seperti guru, doktor, arkitek, jururawat, kerani, pramugari, pensyarah, menteri hinggalah ke pekerja pembersihan. Semua pekerjaan ini membuka ruang kepada lelaki dan wanita dengan syarat yang sama.
Namun begitu, hakikatnya wanita ini kebiasaannya terikat dengan kerja-kerja di rumah sebagai kerja hakikinya di samping pekerjaan di bawah bebanan majikan atau pekerjaan di luar rumah. Tekanan seperti ini menjadi faktor terpenting yang mengubah cara berfikir dan kebiasaan harian yang dijalani. Rutin yang baik perlu dijalani supaya kehidupan dapat diteruskan dan kesihatan dapat dijaga dengan baik.
Antara vitamin penting yang perlu diambil oleh para wanita adalah:
1) Multivitamin - ia membekalkan sumber vitamin dan mineral yang lengkap kepada wanita agar kekal bertenaga dan bersemangat untuk menjalankan aktiviti harian sama ada di dalam rumah atau di luar. Ia juga membantu untuk membekalkan zat dan nutrisi yang cukup terutamanya kepada mereka yang picky eater; tidak mengamalkan makanan sayuran hijau, dan sumber makanan yang terdedah kepada pencemaran juga mengakibatkan zat dan nutrisi di dalam makanan sumber pertama (yang ditanam).
2) GLA - Selain itu, wanita juga perlukan belaian emosi dan penjagaan dalaman yang sempurna kerana wanita bersifat rapuh dari segi emosinya dan mentalnya. Ia membantu untuk meningkatkan kesuburan dengan menghasilkan cecair pada serviks yang subur dan berkualiti. Jadi, ia baik untuk diamalkan seharian tambahan wanita hari ini memerlukan kestabilan fizikal dan mental yang mana ia membantu mereka menjadi wanita hebat di dalam organisasi masing-masing seperti di tempat kerja, keluarga dan untuk diri sendiri.
3) Minyak Ikan - Shaklee juga membekalkan produk minyak ikan dan ia antara yang terbaik di Malaysia. Dikenali dengan nama Omega Guard, ia mengandungi minyak ikan dari ikan dasar laut yang berkualiti dan bermanfaat kepada wanita khususnya dalam membendung masalah kolestrol. Ia berpunca dari faktor pemakanan harian yang tidak seimbang kandungan nutrisinya iaitu kurang mengambil fiber serta lebihan pengambilan lemak dan seumpamanya. Ia mengakibatkan masalah kolestrol dibentuk tanpa sedar kerana dikumpul hari demi sehari. Ia juga membantu untuk menstabilkan tekanan darah serta menyokong perkembangan otak bayi di dalam kandungan bagi wanita yang hamil. Hal ini bermakna ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak di dalam kandungan tersebut dan mengelakkan masalah serius kepada bayi setelah dilahirkan nanti.
4) Kalsium - vitamin favourite ini sangat baik kepada wanita kerana ia memberi faedah yang berganda kepada kita. Sebenarnya, kalsium sangat penting kepada seseorang terutamanya untuk gigi, tulang, gusi, dan darah. Walaupun peratus keperluan kalsium untuk darah tidak sebanyak keperluannya untuk gigi dan tulang, namun ia sangat penting bagi mengelakan masalah anemia, kurang darah dan sebagainya. Kalsium Shaklee dikenali dengan Ostenutrix sangat digemari kerana bentuknya yang dipaten, mudah ditelan dan mesra air. Ia sangat baik untuk wanita terutamanya untuk masalah tulang, sakit otot, gusi berdarah, gigi bergoyang, sakit pinggang, period yang teruk dan senggugut serta banyak lagi. Sejujurnya, ia vitamin wanita yang sangat baik untuk diamalkan.
Kesimpulan, vitamin wanita ini penting untuk diamalkan agar kehidupan harian menjadi lebih bertenaga dan semangat untuk diri sendiri dan orang lain. Aura positif yang ditunjukkan kepada orang lain juga membantu untuk menjadikan kehidupan kita lebih ceria dan bahagia :)
Sebarang pembelian, boleh hubingi di :
Whatsapp - 01120725384
IG - nuratiqah_naq
Komentar
Posting Komentar