RUMAH TERBUKA OPEN HOUSE


Kemenangan Umat Islam

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas kejayaan kita melalui Ramadhan dan menjalani ibadah berpuasa dengan baik pada tahun ini. Alangkah beruntungnya bagi mereka yang mendapat manfaat dan kebaikan Ramadhan yang lebih baik dari tahun lepas. Sebulan berpuasa serta menahan diri dari lapar dan dahaga menjadikan kita lebih sihat dan mudah untuk beribadah. 

 

Saya ingin petik kalam indah dari Maulana Helmi yang didengari melalui rancangan televisyen baru-baru ini. Kalamnya lebih kurang begini, 'biarlah kita berpuasa di dunia ini dan merasai hari raya di syurga nanti', yang membuatkan saya tersentak dengan kalam itu. Hal ini juga bermaksud kita sebagai umat Islam janganlah melupakan segala ibadah berlipat ganda yang telah kita jalani di bulan Ramadhan dan seharusnya kita berusaha untuk menjadi istiqamah dalam beribadah. 


 


Rumah Terbuka Hari Raya

 

Open House hari raya tahun ni berjalan seperti biasa sama seperti tahun-tahun yang lalu. Cuma bezanya tahun ni ramai kawan-kawan abah yang bertamu, dengan pakaian seraga mereka ada yang baru selesai tugasan dan ada yang bergilir-gilir bertugas. Macam-macam menu yang kami buat untuk jamu tetamu yang hadir. Seperti biasa, saya akan ambil Lecithin 3 biji, Omega Guard 2 biji dan B Complex untuk bantu saya mengawal berat badan dengan juadah yang menyelerakan ini. Bagi orang yang suka makan macam saya ini, amalan diet ini perlu untuk membantu saya menyerap lemak-lemak dari makanan yang diambil dan B Complex pula membantu untuk menukar gula menjadi tenaga. 

 

Bermula dari malam sebelum hari open house kami telah mula memasak dan menyusun juadah seperti yang dirancang. Kuih raya dan rempeyek juga tidak dilupakan dan ia turut dihidangkan kepada tetamu. Biskut raya kegemaran kami sekeluarga sudah semestinya semperti susu, kuih makmur, rempeyek kacang dan ubi, kuih sarang semut dan banyak lagi.

 

 


Menu Wajib Open House

 

Kebiasaannya, menu open house yang kami hidangkan merangkumi makanan berat, makanan ringan dan pencuci mulut. Untuk kali ini, menu utamanya adalah nasi tomato dan ayam masak merah. Selalunya kami akan memasak nasi ayam dan tahun ini ini antara kelainan yang dibuat. Sudah semestinya nasi tomato ini sedap sekali! Selain itu, menu wajib ketika raya yang dihidangkan adalah rendang daging, lemang jagung kukus, nasi himpit, kuah kacang, nasi putih sebagai sampingan, sambal hijau a.k.a sambul tahun, bubur lambuk, laksa utara, koktel buah, air kordial dan air putih. 

 

Kesemua menu ini adalah air tangan mak dan kami masak bersama. Adik-adik dan suami juga turut ringan tulang membantu mengemas ruang makan untuk tetamu serta memasak dan menyediakan makanan seperti yang dirancang. Kami menjemput tetamu dari jam dua hingga enam petang. Semua tetamu gembira dan memuji masakan mak dan saya. Kebanyakan dari tetamu merupakan kawan-kawan abah, mak, saudara-mara dan jiran tetangga. 

 

Walaupun letih kerana seharian di dapur dan dikunjungi tetamu, kemeriahan hari raya tetap dirasai dan yang paling penting hubungan silaturrahim dapat dijalin. Di dalam Islam juga menggalakkan umatnya memberi makan dan menggembirakan jiran sebagai hak kita sesama manusia. Untuk yang akan datang, bolehlah berimpian untuk mengadakan aktiviti rumah terbuka ini di samping berkunjung juga ke rumah terbuka yang lain apabila dijemput. 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

VITAMIN UNTUK WANITA

IMPIAN SETIAP WANITA