Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

 


Pada satu ketika sebelum ini, Shaklee menggunakan sistem keahlian seumur hidup kepada ahlinya. Hal ini menyebabkan lambakan ahli Shaklee di dalam data organisasinya termasuklah ahli yang aktif dan sebaliknya. Ia memberi keburukan kepada jenama produk kesihatan ini dari sudut mutu dan kualitinya. Oleh yang demikian, bermula dari tahun 2016-2017, Shaklee berubah kepada sistem pembaharuan keahlian per tahun bagi menapis halus ahli yang masih aktif sebagai pembeli dan tidak aktif. 


Tambahan pula, sistem pembaharuan keahlian yang baharu yang diperkenalkan kini akan meningkatkan kualiti dan jenama Shaklee di Malaysia. Bayangkan jika anda sudah mendapat peluang yang baik dan kebaikan dari produk yang telah diamalkan, namun hanya dibiarkan sahaja ia berlalu dan meninggalkan faedah yang telah diperoleh. Bukankah itu merupakan satu kerugian. Dan ini yang saya maksudkan dari kelebihan renewal Shaklee ini. Sekiranya kita berterusan membuat pembelian produk setiap minggu atau setiap bulan dan seterusnya setiap tahun, maka kita sebagai ahli akan mendapat manfaatnya. Antara kelebihannya seperti cash rebate, bonus dan percutian. 

 

Melalui keahlian setiap tahun ini, ia memberi peluang kepada ahli untuk menikmati kelebihan yang Shaklee tawarkan sebagai membernya termasuhkan Cash Rebate. Walaupun hanya dengan membeli satu produk kesihatan rutin kita, ia sudah melayakkan kita untuk terus kekal aktif sebagai ahli. Mudah kan Renewal Shaklee? Ia memudahkan dan meringankan beban kita, terutamanya apabila mengalami kekurangan wang untuk membeli produk yang lain atau berada dalam komitmen tinggi yang lain.


 

Sekiranya keahlian seseorang telah dibuang dari sistem (iaitu setelah lebih dua tahun tidak aktif) maka yuran keahlian sebanyak RM35 perlu dilunaskan dan renewal Shaklee akan diberikan. Namun, dengan sistem keahlian yang baharu ini, adalah lebih baik kita membeli dalam tempoh setahun itu iaitu sekurang-kurangnya sekali. Sebagai contoh, membeli Vitamin C SR sebotol yang berharga RM90 untuk tujuan kesihatan kulit wajah, menghilangkan kekusaman kulit, mengelakkan dari jangkitan kuman dan sebagai aktioksidan.




Atau sebagai contoh yang lain, dengan pembelian krim Herbal Blend yang berharga RM30 sudah melayakkan untuk kekal aktif sebagai ahli selama setahun. Saya sendiri akan memastikan produk ini sentiasa ada di rumah terutamanya untuk kegunaan anak kerana ia mesra pada kulit mereka. Selain itu, ia mudah digunakan dan mampu milik. Produk Shaklee juga terkenal dengan prinsipnya yang semula jadi, berkesan dan tiada kesan sampingan. Sebagai pengguna produk Shaklee, saya berani berkongsi tentang kebaikannya kerana ia juga mempunyai kajian yang telah dibuktikan oleh para saintis. 


Oleh itu, antara inisiatif yang boleh dilakukan oleh kita sebagai ahli Shaklee adalah dengan memberi peringatan kepada pengguna-pengguna yang telah kita konsultasi untuk sentiasa membeli produk mengikut keperluan masing-masing. Di samping juga sentiasa berkongsi kebaikan Shaklee kepada semua melalui pelbagai saluran media sosial seperti Instagram, Facebook, Tiktok dan sebagainya. Dengan cara ini, ia dapat mengelakkan daripada keahlian yang tamat tempoh dan tidak aktif serta hilang dari radar kita. 

 

Untuk join bisnes Shaklee dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

 

WA: 01120725384

Email: anaimtiyaz92@gmail.com

IG: nuratiqah_naq

Komentar

Postingan populer dari blog ini

VITAMIN UNTUK WANITA

IMPIAN SETIAP WANITA